Berwati dengan Haiwan :
Mengikut kebanyakan ulamak jika manusia lelaki atau perempuan berwati dengan haiwan tidak dianggap sebagai berzina tetapi sebagai perbuatan ma’siat yang pelakunya boleh dihukum dengan takzir. Imam Syafi’e dan Ahmad mempunyai dua pendapat : yang pertama, seperti pendapat yang di atas, yang kedua menganggap perbuatan tersebut sebagai zina akan tetapi pesalah lelaki dihukum bunuh berdasarkan kepada Hadith Rasulullah yang bermaksud :
Barangsiapa yang bersetubuh dengan haiwan maka hendaklah kamu bunuh dia dan haiwan sekali.
Manakala pesalah-pesalah perempuan pula dihukum dengan takzir sahaja.
Pertemuan Jenis Sama Perempuan (Lesbianisme)
Persenyawaan antara perempuan dengan perempuan hingga mendatangkan berahi dan kelazaran nafsu dengan cara bergelisalan kemaluan dan sebagainya adalah perbuatan maksiat yang diharamkan oleh syarak, sebagaimana firman Allah :
Maksudnya : Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela.
Ayat di atas menjelaskan bahawa apabila perempuan itu membenarkan kemaluannya dicabul oleh orang lain dari suaminya sama ada lelaki atau perempuan maka bermakna dia tidak memelihara kemaluannya dan ia termasuk ke dalam golongan orang-orang yang bermusuh dengan Allah.
Juga menurut hadith Rasulullah :
Maksudnya : Tidak boleh melihat seorang lelaki kepada aurat lelaki, dan perempuan tidak boleh melihat aurat perempuan dan tidak boleh masuk ke dalam pakaian yang satu antara sama-sama lelaki dan antara sama-sama perempuan.
Hadith di atas menunjukkan pengharaman persenyawaan sesama perempuan kerana boleh membawa kepada hilang daranya.
Perbuatan lesbian ini tidak boleh disamakan dengan zina kerana ia merupakan persetubuhan di antara kulit dengan kulit atau kemaluan dengan kemaluan yang tidak sampai kepada memasuki kemaluan seperti dalam zina. Dengan sebab itu perempuan-perempuan yang melakukan perbuatan maksiat ini dikenakan hukuman takzir dan tidak hukuman had zina.
No comments:
Post a Comment